spot_img
HomeJenayahLelaki ditahan miliki dadah di Kudat

Lelaki ditahan miliki dadah di Kudat

KUDAT: Seorang lelaki yang disyaki memiliki dadah ditahan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) di sebuah kampung di Kudat, semalam.

Menurut Pegawai Markas Operasi Polis Marin Kudat ASP Cyril Douglas, hasil pemeriksaan ke atas sebuah pondok di kawasan yang didiami oleh seorang lelaki berumur 37 tahun itu telah mendapati sejumlah paket plastik yang mengandungi ketulan hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu.

Nilai rampasan dianggarkan mencecah sehingga RM3,220.00 manakala tangkapan dan barang-barag rampasan akan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat untuk tindakan lanjut.

“Hasil rampasan telah dibawa ke markas operasi untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh masyarakat khususnya masyarakat maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti ataupun kegiatan yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau melalui aplikasi Whatsapp Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 013-9391197.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular