spot_img
HomeJenayahLima bot dari Filipina cuba menceroboh masuk di perairan Sandakan

Lima bot dari Filipina cuba menceroboh masuk di perairan Sandakan

SANDAKAN: Polis Marin telah menggagalkan lima buah bot laju dari negara Filipina yang cuba menceroboh masuk ke perairan negara di kawasan perairan Sandakan, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan DSP Rusdin bin Banin berkata operasi mencegah kemasukan dari negara luar sedang giat dijalankan oleh Pasukan Polis Marin di perairan negara.

Menurut Rusdin, PPM telah mengesan beberapa bot dalam keadaan mencurigakan dari arah perairan negara jiran yang memasuki perairan negara sebelum ianya berjaya dipintas.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut berasal dari Filipina yang kemudiannya diarahkan berpatah balik diiringi sehingga keluar dari perairan negara bagi mencegah penularan penyakit COVID-19.

“Mereka juga turut diberi amaran supaya tidak memasuki perairan negara selaras dengan undang-undang Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi mencegah penularan COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, Pasukan Polis Marin menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat melalui Whatsapp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di talian 013-9391197 atau terus ke balai berdekatan untuk tindakan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular