spot_img
HomeJenayahPandu sebabkan kematian, lelaki dihukum dua tahun penjara denda RM5000

Pandu sebabkan kematian, lelaki dihukum dua tahun penjara denda RM5000

TAWAU: Seorang penganggur telah dijatuhkan hukuman dua tahun penjara dan denda RM5,000 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Ali Tammalun, 26, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1957 (Akta 333/87) dihadapan Majistret Amir Shah Amir Hassan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan itu pada 7 Februari 2020, sekitar jam 3.35 petang di KM 55, Jalan Tawau-Semporna.

Tertuduh didakwa memandu secara cuai dan berbahaya dari arah Semporna menuju ke Tawau bersama tiga penumpang sehingga menyebabkan kematian Surtrisno, 25, dan Gyatri Usman, 21.

Menurut laporan kes, kemalangan berlaku apabila tertuduh cuba memotong sebuah kenderaan dengan memasuki laluan bertentangan yang menyebabkan kenderaan yang dibawa bertembung dengan motokar dinaiki dua mangsa.

Pegawai pendakwa Asisten Superintendan Joan Lee meminta mahkamah untuk menjatuhkan hukuman setimpal selepas mengambil kira kepentingan awam serta pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.

Amir Shah kemudiannya menjatuhkan hukuman dua tahun penjara dan denda RM5,000 terhadap tertuduh serta memerintahkan hukuman penjaraj enam bilan jika gagal membayar denda dan lesen memandunya digantung dua tahun. – Utusan Borneo

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular